Terma dan Syarat

- Semua tempahan adalah tertakluk kepada kekosongan dan ketersediaan. Pihak SANI TRAVEL & TOURS SDN BHD berhak untuk membatalkan tempahan sekiranya tiada kekosongan atau ketersediaan atau sebab lain yang tidak dapat dielakkan walaupun pelanggan sudah membayar penuh sebelum tarikh akhir pembayaran. FULL REFUND (bayaran balik secara penuh) akan dibayar sekiranya pembatalan dibuat oleh pihak kami.
- Tidak dibenarkan membuat sebarang perubahan setelah tempahan disahkan oleh pihak kami.
- Tiada REFUND (pemulangan semula wang) sekiranya kesilapan dan kecuaian oleh pihak pelanggan
- Segala promosi diskaun adalah terbatal sekiranya pembayaran dibuat selepas tempoh akhir pembayaran
- Pembayaran secara tunai sahaja dibenarkan. Cek, P.O, L.O dan lain-lain bayaran tertangguh adalah tidak diterima.
- Pelanggan harus menghubungi pihak kami sejurus selepas pembayaran dibuat. Sekiranya pihak kami tidak menerima pengesahan dari anda, maka tiada tempahan akan dibuat.
- Tiada perubahan pada itinerari setelah pengesahan dibuat oleh pihak SANI TRAVEL & TOURS SDN BHD
- Jika ingin membuat perubahan pada tarikh, nama peserta, jumlah peserta, penerbangan, hotel, itinerari, aktiviti dan apa-apa perubahan yang signifikan, caj yang dikenakan adalah minimum RM50 seorang (untuk pakej dalam negara) dan RM350 seorang (pakej luar negara). Ini tidak termasuk caj akibat dari perubahan harga dan penalti atau denda dari pihak hotel, pihak penerbangan dan lain-lain. Perubahan adalah tertakluk pada ketersediaan dan kekosongan.
- Pihak SANI TRAVEL & TOURS SDN BHD berhak meminda terma dan syarat bila-bila masa tanpa memaklumkan terlebih dahulu kepada pelanggan.
 

Ada Pertanyaan?

logo telefon 03-40457777
whatsapp icon 018-3690936
facebook icon facebook.com/mysanitravel
email icon
info@sanitravel.com.my